09 February 2011

Pantang Larang Orang Melayu

Salam.

Sekadar untuk berkongsi maklumat yang berguna tentang pantang-larang orang melayu yang mungkin anda belum ketahui lagi.

Pantang larang pertama

Jangan bergaduh dengan ibu mentua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

Bagi menjaga kenteteraman keluarga, terutamanya apabila tinggal bersama mertua selepas melahirkan anak.

Pantang larang kedua

Jangan memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

Bagi mengelakkan penganiayaan kepada haiwan.

Pantang larang ketiga

Jangan bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.

untuk mengelakkan bising di rumah, tambahan lagi bergendang (dengan mengetuk lantai rumah yang dibuat dari papan) boleh merosakkan barang-barang yang bergantung di dinding yang boleh jatuh dan pecah

Sumber dipetik oleh laman web Wikipedia :)

Ditulis dengan ikhlas oleh Faridzuan. :D

No comments:

Post a Comment